
Pengenalan
Aptus Net Communities Sdn. Bhd. (838456-U) adalah sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Aptus Net Communities Sdn Bhd ditubuhkan pada 13hb November 2008 dengan objektif untuk meningkatkan penggunaan dan kesedaran mengenai kepentingan internet di kalangan komuniti kerajaan, perniagaan dan rakyat di negeri Kelantan. Ianya bakal dicapai dengan kepakaran Infolient Sdn Bhd dalam menyediakan kemudahan internet berteknologi jalur lebar, aplikasi serta kandungan laman web.
Visi dan nilai – nilai
Visi kami adalah untuk menghubungkan komuniti di mana sahaja pada bila-bila masa dengan menggunakan teknologi internet.
Kami mengambil kira pandangan serta cadangan para pelanggan kami dalam apa jua yang kami usahakan. Kami ingin menjadi sebahagian daripada mereka, untuk merealisasikan kehidupan dan perniagan yang lebih bermakna.
Pasukan pengurusan
Aptus Net di tadbir oleh barisan pengurusan yang cekap dan berpengalaman dalam potfolio masing–masing:
Ir Mohd Ezanee Mohd Adam: Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif A’ptus Net diketuai oleh Ir Mohd Ezanee Mohd Adam yang mempunyai kelulusan dalam BSc (kejuruteraan) MBA. Beliau telah berkhidmat dengan kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan semenjak tahun 1982. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar syarikat Kelkon Sdn. Bhd., Syarikat Kijang Kuari Sdn. Bhd., Kompleks Perkayuan Sdn. Bhd., Prokel Management Sdn. Bhd. dan Pengurus Kanan Kelbina Holdings Sdn. Bhd.
A’sri Che Ali: Ketua Pegawai Operasi
En. A’sri Che Ali adalah Ketua Pegawai Operasi A’ptus Net yang berkelulusan B.A (Hons) dari salah sebuah universiti tempatan. Beliau berpengalaman sebagai Eksekutif Insurans dari tahun 1984 sehingga 1986. Bermula tahun 1989, beliau telah berkhidmat dengan Permodalan Kelantan Berhad dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Infra Quest Sdn. Bhd.
Nik Mohamad Hanif Abdul Ghani: Ketua Pegawai Teknologi
Nik Mohamad Hanif Abdul Ghani merupakan Ketua Pegawai Teknologi A'ptus
Net. Beliau adalah graduan Universiti George Washington University,
Washington, D.C dalam jurusan Kejuruteraan Komputer. Beliau pernah
berkhidmat di Amerika Syarikat selama lebih 10 tahun di dalam bidang
kejuruteraan Internet dan telekomunikasi generasi baru. Antara
syarikat-syarikat yang beliau pernah berkhidmat ialah Cable & Wireless
Global Inc dan Comcast Corporation Inc yang masing-masing berpusat di
Washington D.C. dan Philadelphia. Kepakaran beliau adalah didalam bidang
integrasi sistem dan rangkaian berdasarkan TCP/IP.
Affendy Arshad: Ketua Pegawai Pemasaran
Jawatan Ketua Pegawai Pemasaran A’ptus Net diketuai oleh En. Affendy Arshad. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pemasaran dengan cemerlang dari Universiti Clarkson USA.
Sewaktu bertugas sebagai Pengurus Jenama di Nestle, beliau bertanggung jawab memasarkan Nescafe, Milo dan tiga lagi jenama Nestle Beverages. Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Penasihat Kanan Penjenamaan di sebuah syarikat perunding stategik di mana beliau telah menyertai beberapa projek di Asia Tenggara dan Timur Tengah.
